Saturday 6 September 2014
Percutian ke jakarta & bandung
Saturday 2 August 2014
Raya 2014
Salam raya 2014
tahun ni raya kat cheras dulu, last puasa dlm kul 3pm baru kitorang sampai rumah mami kat cheras. sampai2 je tengok semua dah siap masak, mami tengah rebus nasi impit cepat betul dia masak. aku tolong masukkan kuih raya dalam bekas je, bertuah punya menantu ni.
gambar pagi raya bertiga tak dapat ambik sebab adam tak nak diam.
petang tadi raya kat rumah kak ana kat klanang, dapat makan pulut durian yg sedap bangat, pastu abg wahid suami kak ana petikkan rambutan plak. best giler. rambutan tu siap bawak balik lagi.
adam pakai baju melayu tahun lepas punya, tahun lepas longgar sangat tahun ni just nice muat. tahun lepas beli yg besar sebab kepala dia tak muat saiz dia. tahun ni nasib baik kepala dia lepas lagi... jimat. tahun depan baru beli baju melayu baru. atuk adam dah tukar baju t shirt sebab panas.
p/s: promo ephyra sms /wassap 016 2034923
Friday 25 July 2014
Baju raya jimat letrik
Salam
Setelah diracun oleh ofismate aku zizi...akhirnye terbeli jugak selai baju kurung moden untuk raya taun ni. Yang bestnyer baju ni guna kain lycra yang tidak berkedut tanpa perlu diseterika amat bersesuaian dengan orang yang penjimat tenaga letrik malas iron seperti aku.
nak tunjuk aku masih muat saiz s hehe
sekarang ni aku tengah tekun menelaah blog abangensem.com, aku baca dari mula blog dia entry tahun 2009 now baru sampai entry oktober 2012 banyak ilmu berkaitan hartanah yang aku dapat. walaupun aku dah terbeli rumah sebelum jumpa blog ni, baru aku tahu banyak kesilapan rupanya yang aku dah buat masa nak beli rumah tu dulu; seperti suruh ejen rumah tu carikan lawyer kan dah kena caj mahal.. tapi semua tu aku jadikan pengajaran yang sangat berguna di masa depan. mana tau nanti aku nak beli apartment lagi ke kan.
akanku manfaatkan cuti raya nanti untuk mengkhatamkan blog ni, disamping mengkhatamkam alquran yang dah bertahun tak khatam2 huhu.
promo ephyra rm180 sekotak
beli 2 keatas boleh dapat harga lagi murah
Saturday 12 July 2014
Consent rumah & ubat batuk
Salam ramadhan.
Syukur, rabu lepas dah dapat consent dari lembaga perumahan negeri selangor. Setelah hampir 4 bulan tunggu. Lepas ambik surat consent tu dari lawyer terus ke epf untuk submit permohonan pengeluaran akaun 2.
Mula2 pegi epf kat shamelin sebab dekat konon sekali takde parking langsung. Penat pusing2 cari parking last decide pegi epf kajang aje. Kat hentian kajang memang byk parking.
Orang pun tak ramai, lepas amik no tak sampai 5 minit dah kena panggil. Pegawai epf tu check semua dokumen, utk kes aku sebab beli low cost dokumen yg diperlukan ialah;
1. Ctc snp
2. Ctc confirmation letter dari developer
3. Ctc offer letter dari bank
4. Ctc consent
Semua tu disediakan oleh lawyer aku.
Nasib baik semua ok walaupun mula2 dia check tu agak cuak sket bila dia kata no geran tak sama dlm snp dgn consent. Siap mcm nk suruh aku balik jumpa lawyer mintak surat pengesahan no geran. Aku dah lah tunggu berbulan2 nak kena buat balik..tidak...
Bila dia tunjuk no geran yg x sama tu aku pun check balik tak puas hati ni, rupa2nya kat page 2 ada no geran yg betul...syukur sangat.
So permohonan aku pun lulus. Dia kata dalam 3 minggu akan dpt duit nanti epf akan htr sms.
ni plak petua nak hilangkan batuk yg dah lama tak baik2. aku kan dah mula batuk sejak sebelum puasa lagi sampai 3 kali kena sedut gas kat klinik dah macam kena asthma pun ada. ubat dah abis tapi batuk tak baik2 jgk. so aku google lah petua nak hilangkan batuk ni. dan syukur jumpa petua ni kat blog mohd zulkifli. senang sgt just makan bawang putih bakar. ni aku bakar 1 labu terus sebab rasanye agak sedap di tekak aku. alhamdulillah dalam seminggu mkn bawang putih bakar ni batuk aku mkn ok.
Saturday 28 June 2014
langsir raya
salam
dah nak 8 taun kawen akhirnya aku beli jugak langsir baru tuk rumah ni.
sebelum ni guna langsir lama yg mami bg je, tapi walaupun lama elok & cantik
lagi langsir2 tu yg malas nk beli baru.
tp taun ni beli jugak yg baru sebab nak sedondon yg mami bg dulu hall kaler lain
sliding door lain, bilik lain so mcm tak best jer. Lagipun langsir lama tu bila basuh ada yg koyak hehe.
yg baru beli kain dan tempah kat kedai langsir tu, mcm pendek sket pkak. tp lantak lah malas nk adjust dah. ni kul 3pm dia kalis cahaya so rumah nampak gelap best tido petang ni.
Saturday 31 May 2014
Melawat obachan
kat klia, flight kul 11.30mlm sampai klia 7.30 byk masa untuk adam main2 travelator ni.
kat airport narita plak, tunggu tren untuk pegi tempat obachan terus, kalo abg yg amik gambar camni lah rupanya blur
dah sampai... adam yg tak nak duk diam bile bergambar. kurus je obachan, umur dah 87 taun tapi masih boleh jalan dengan elok lagi. cuma nak jalan jauh2 tu tak boleh lah. obachan cepat penat kitorang boleh jumpa dalam sejam je pastu dia kena rehat, oklah tu.
hari ke2, sebelum jalan2 ambik gambar depan hotel dulu. ni hotel panel mami kot, walaupun jauh dari tempat obachan, jauh dari tokyo, takde benda menarik dekat sini banyak office dengan universiti jer dia tetap nak duk sini.
lepas tengok obachan kita melawat aeon chiba plak, time adam dah tido senang sket nak shopping. tapi aku tak beli apa pun dalam ni.
depan aeon chiba lagi, kat sini aeon tak yah buat car park semua org naik tren, bas dengan beskal jer pegi shopping
sungai ni kat on the way nak ke hotel, cantik dan bersih. time mami ambikkan gambar ni dia siap tanya napa kat kl takde sungai ke? takde yg bersih macam ni, aku jawab dalam hati.