Showing posts with label minimalis. Show all posts
Showing posts with label minimalis. Show all posts

Friday, 25 July 2014

Baju raya jimat letrik

Salam

Setelah diracun oleh ofismate aku zizi...akhirnye terbeli jugak selai baju kurung moden untuk raya taun ni. Yang bestnyer baju ni guna kain lycra yang tidak berkedut tanpa perlu diseterika amat bersesuaian dengan orang yang penjimat tenaga letrik malas iron seperti aku.

tema tahun ni hijau, nasib baik ada kaler hijau kat corak daun2 tu so matchinglah dengan baju melayu abang dan adam nanti.


nak tunjuk aku masih muat saiz s hehe


sekarang ni aku tengah tekun menelaah blog abangensem.com, aku baca dari mula blog dia entry tahun 2009 now baru sampai entry oktober 2012 banyak ilmu berkaitan hartanah yang aku dapat. walaupun aku dah terbeli rumah sebelum jumpa blog ni, baru aku tahu banyak kesilapan rupanya yang aku dah buat masa nak beli rumah tu dulu; seperti suruh ejen rumah tu carikan lawyer kan dah kena caj mahal.. tapi semua tu aku jadikan pengajaran yang sangat berguna di masa depan. mana tau nanti aku nak beli apartment lagi ke kan.

akanku manfaatkan cuti raya nanti untuk mengkhatamkan blog ni, disamping mengkhatamkam alquran yang dah bertahun tak khatam2 huhu.

promo ephyra rm180 sekotak
beli 2 keatas boleh dapat harga lagi murah

Friday, 3 January 2014

Dah jumpa

Salam.
Syukur sangat sbb rmh kecik comel yg dicari dah jumpa.
Semlm baru bayar booking dgn agen fee.
Minggu depan nak cari house loan plak.
Semua mintak agen tu yg tolong uruskan sebab aku maleh nak fikir
Dan takde masa nak pegi byk bank utk survey loan.
Harap semuanya berjalan lancar, selancar duit yg mengalir keluar jugak.
Huhu sabar ajelah. Agen tu kata dlm 3 bulan paling cepat baru boleh dpt kunci rumah, sabar lagi...

hall yg comel, kena cat baru dgn pasang rel langsir. aku dah berangan nak
cat putih semuanya, pastu pasang rel tinggi paras siling boleh pasang langsir sliding door, tak sbrnye nk deko rmh sendiri.

Wednesday, 27 November 2013

Setahun tanpa

Salam.
Mulai hari ni, nk start program a year without atau setahun tanpa...
Bulan yg pertama aku nk stop ialah.
Candy crush ... yg sgt membuang masa dan takde faedah.
Masa yg terluang tu aku nk gunakan utk aktiviti yg lebih sihat, seperti mengajar adam. Aminn.

Monday, 23 September 2013

kemas store

Assalamualaikum

nak share progress minimalis minggu lps kot, dah lama sgt sampsi x ingat bila.

In progress, dia pun sibuk nk kemas. kereta tu dah buang sebab selalu sangat eksiden sampai terbalik si kecik tu.



selepas, kemas sket dan boleh jadi bilik solat jugak. tak yah lah
kena naik atas kalo orang datang nk tumpang solat ke.k

Thursday, 1 August 2013

tak jumpa

Assalamualaikum

masih belum berjaya jumpa rumah kecik comel idaman hati
sabtu lepas pegi tgk satu flat dgn abg
kejap mcm ok kejap mcm tak ok
last2 malas nak fikir, KIV lah dulu

proses pencarian akan disambung selepas raya nanti

Friday, 26 July 2013

mencari rumah baru

Assalamualaikum

sejak ofis tukar working hour ni aku pun giatlah mencari rumah baru
nak yg dekat2 je dengan ofis

mula2 ingat nak cari rumah / apt untuk sewa je
tapi area cheras ni mana nak jumpa rmh sewa yg bwh rm500
kalo ada pun kawasan sesak sangat, parking pun susah
susah rupanya nak cari rumah sewa ni
selama ni aku ingatkan senang je, sebab area rumah sekarang banyak je rumah kosong
tapi tengok kawasan jugak rupanya

so, last2 amik keputusan untuk beli je la
sebab monthly installment lg kurang dari sewa
pastu rumah tu boleh jadi asset sendiri nanti
kalau dah tak nak duduk boleh sewakan kat orang lain plak

pagi ni dengan semangatnye lepas sahur dan subuh
terus search kat mudah, Alhamdulillah jumpa 3-4 yg berkenan dihati dan di bajet
loaksi pun agak dekat dengan ofis, dalam 10km je
plannye esok nak pegi tengok rumah2 tu
mudah2an jumpalah yg sesuai dah tak larat meredah jem hari2
amin..

Saturday, 16 February 2013

minimalis projek

setelah sekian lamaaa tak update..
hari ni tetiba terrajin nak buat projek minimalis, haha projek lah sangatt
meja ni memang selalu penuh, kadang2 nak online pun susah atas meja ni
tapi... hari ni aku bertekad untuk mengosongkan nye
barulah sedap mata memandang..

sebelum, meja yg semak selepas makan malam, dan memang selalu semak sebenarnye
 
selepas.. berjaya mengosongkannye.  inilah meja minimalis