Tuesday 29 January 2013

minimalis make up

barang2 mekap orang minimalis hehe
baru beli lunch tadi total rm27 lbh jer, sangat jimat dan berbaloi
suka bedak pixy tu, lipice pun suka pakai sket bibir jadi merah
tak sangka boleh buat bibir jadi merah padahal tengok warna dia mcm plain jer
skang tak yah pakai lipstik dah guna lipgloss jer
 


ok tu jer, baby dah nangis ni mama tak layan dia.

Saturday 26 January 2013

Testimoni

semalam mami email bagitau daddy nak VCO lagi sebotol
(mami & daddy is my inlaw) mak dan ayah adalah parents ku
hehe saje nak explain...

suka bila daddy bagitau darah tinggi dia dah turun sejak makan VCO
syukur Alhamdulillah..
esok nak balik rumah mak, nak tau progress mak plak
harap2 mak pun bertambah sihat.. amin..

Sunday 13 January 2013

selepas 10 hari

Top up stok.
Orang top up stok500 kotak, aku 5 kotak jer hehe. (nampak tak keminimalisannyer aku)

Kesan selepas sepuluh hari makan dan sapu VCO kat muka sebelum tido;
1. Period aku semakin bagus. Seblum ni cycle pendek dalam 22-24 hari je. Tapi bulan ni jadi 27 hari. Dulu time makan Yasmin je period aku ok jadi 28 hari. Bila stop dia jadi 22-24 hari balik. Tak sangka dgn makan VCO treenea ni pun boleh betulkan cycle period.
2. Yg paling aku suka......... Senggugut tiada lagi.. yer 1st time bila period tak yah makan panadol atau pun paracetamol lagi.
3. Kesan kat muka plak blackhead dgn whitehead makin kurang. Tapi aku takde plak amik gambar seblum dan selepas, sebab i kan pemalu.

Semlm jugak 1st customer aku dtg beli VCO kat rumah. Sangat gembira walaupun dpt jual sekotak jer. Syukur rezeki dari Allah.

Tuesday 1 January 2013

tahun baru, azam baru

Selamat tahun baru....

tahun baru ni aku berazam untuk mencuba sesuatu yg baru
selain dari baju baru yg selalu aku cuba2 sebelum beli hehe
tahun baru ni aku nak cuba berniaga / berbisnes pula
mampukah aku yg pemalu dan pendiam ni berniaga

kita cuba try test lah dulu kan, yakin boleh mesti, mesti, mesti boleh

apa2pun kita solat subuh dulu mohon murah rezeki
nanti2 sambung yer..

ok sambung, jadi apakah produk yg aku nak jual itu...
jeng-jeng-jeng... produknya ialah VCO.



Treenea Selangor
 
Apa itu VCO? VCOA ialah seperti dibawah (copy dari fb treenea selangor vco )

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.

VCOAntioxidants kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

Mengapa Makanan Yang Kaya Antioksidan Perlu ?

Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCOAntioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera.  (bagus ni sebab aku selalu sangat penat bila balik kerja nak masak lagi jaga baby lagi, rasa tak bertenaga je). MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsy. Pengambilan VCOAntioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bacteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan. (ni lagi aku suka sebab aku selalu sangat kena selseme). Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCOAntioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

Antara khasiat dan kebaikan VCOAntioxidants:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit


yg aku  boldkan tu yg aku paling suka pasal produk ni.
mula2 nak bg mak try sebab nak kurangkan darah tinggi dia.
untuk aku plak, aku nak try sebab nak merawat masalah kulit ni
kulit aku mmg bermasalah dari muka sampailah ke kaki (huhu kesiankan)
muka dgn jerawat dan parutnya, kaki plak mcm alergik gatal2 pastu bila garu2 berparut lagi
harap2 bila ambik VCO ni dpt hilangkan kegatalan kat kaki aku dan seterusnya menghilangkan kesan2 parut yg huduh itu.

Eeeiii tak sabar nak dpt VCO ni.