Sunday 23 December 2012

projek pertama

wah tajuk kemain lagi...........

hari ni satu2nya hari cuti aku dalam minggu ni..kesian kan keje 6 hari seminggu
oleh kerana aku tengah bersemangat nak jadi minimalis
hari ni aku telah menjalankan make over kat dapur aku
dan inilah hasilnya


sebelum........................
 
 
 
selepas berpenat lelah.............
mcm takde beza sangat jer, tapi sebenarnya banyak gak barang yg telah dibuang, sebab barang tu dari dalam kabinet so tak nampak sangat lah beza. Gigih jugak nak explain.........

 
buktinya............ satu plastik besar barang plastik / sampah sarap berjaya dikeluarkan dari dapur untuk di hantar ke tempat recyle, yg dah buang lupa plak nak ambik gambar tadi.
abaikan stor yg bersepah itu...
stor ni mungkin akan jadi next projek plak.. or next2 next punya projek
sebab nak buat yg senang2 dulu, stor ni yg paling susah sebab paling banyak barang
 
ok, itu saja laporan minimalis hari ini
 

 

Tuesday 18 December 2012

langkah pertama

Assalamualaikum,

Blog ni dicipta untuk mencatatkan perjalanan aku ke arah kehidupan minimalis ataupun kata omputihnye Minimalist Living.
Sebelum ni aku selalu baca blog2 minimalist living dari oversea, dan tertarik dgn cara hidup di orang yg simple. Tapi aku tak jumpa lagi blog pasal minimalis kat Malaysia.
Jadi aku pun buatlah blog minimalis ni.
Kenapa sikit itu banyak....
sebab......
Less is more.

Minimalis bagi aku ialah simpan apa yg kita suka dan buang benda lain yg kita tak suka, so rumah kita tak jadi semak.

Contohnya mcm rumah kat bawah ni. Tapi kalau ni rumah aku, aku akan buangkan gambar kat dinding dgn tiang kayu lilin tu. Menyemak jer. Pasu atas meja tu pun kena alih kalau tak abis anak aku terbalikkan.

Portland Apartment
Gambar ehsan google.