Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

Percutian ke jakarta & bandung


.29.08 to 01.09.14 kami bercuti ke jakarta-bandung. Tiket flight malindo air rm400 sorang disponsor oleh exboss abg. Ceritanya masa abg keje kat jds dari bln 3 to bulan 6 lepas. Boss dia yg baik hati plan nak buat company trip. Company trip yg cover anak bini staff sekali, baik giler. So bosshan dengan chemical yg kuat abg tender resign bln 6 tu, dan boss yg baik tu bagi je tiket flight untuk kitorang bertiga tak tolak gaji pun. Tq boss.

Flight kul 11.25, 9.15 dah sampai airport. Lepas check in jalan2 le dulu. View dari anjung tinjau klia2. Adam suka giler tengok kapal terbang banyak2.


Flight delay sket dalam setengah jam je. Aku dah bagitau agen transport kat sana tak nak biar dia tunggu lama. Sepanjang 4 hari kat sana kitorang guna kyran trans. Service dia ok supir pun baik. Slek sket je time kitorang sampai airport jakarta dia takde kat pintu keluar tu. Cuak gak sebab nak call or wassap line hp dah takde. Sampai pinjam hp ulat2 kete kat situ cakap tak sampat 3 minit dia caj rm10 sabar ajelah.

Dari airport ke hotel jem giler. Singgah makan kat restoren solat semua pastu sambung perjalanan ke hotel, maghrib baru check in. Lepas solat keluar balik pegi monas. Dulu 1st time pegi sini tahun 2011 sebelum adam ada lagi. Time tu datang dengan mak & si in. Tapi time tu aku sakit muntah2 tak larat nak jalan sangat. Kali ni pegi jalan semua malam2 byk gerai2 kat sini. Tengah best jalan2 tetiba ujan turun orang yg menjual tu pun kelam kabut bungkus semua barang2 dorang. Kitorang pun cepat2 masuk kete x dpt nak beli2.

Esok paginye lepas breakfast amik gambar dulu kat lobi hotel. Kat sini dok kat favehotel pasarbaru. Semalam rm130 termasuk breakfast for 2. Oklah. Ada wifi. Lps check out terus ke tanah abang tolong orang bukak kedai.

Kat tanah abang tak amik gambar sibuk cari selipar adam sebab dia dah x nak pakai kasut. Pastu beli kain cotton selai tuk mak. Pastu terus ke bandung.
Sampai bandung supir tu bawak ke rumah kedai yg jual kain sulam2 manik telekung, kat situ jumpa si in dgn group nye. Lagi sekali sibuk sangat pilih2 kain x amik gambar pun kat situ nama kedai pun x ingat. Tp tempat tu mcm glamer je masa kitorang dah nak balik ada 1 bas lagi baru datang.

Ahad pagi2 lps sarapan check out terus ke tangkuban perahu. Kat bandung duk favehotel braga, book kat agoda rm127 je semalam. Tp hotel x best sebab takde lift. Susah nak angkat beg berat2 turun naik bilik.


Adam buat hal sebab aku tak nak belikan mainan. Dalam kete supir kitorang maman tu dah pesan souvenier jangan beli kat sini mahal 5 kali lipat dari pasar baru. Takdelah aku nak belikan.

Dah dapat jagung bakar baru ok balik. Jagung sebiji 10ribu. Lantaklah janji ko diam nak.

Bawak dia makan kat atas ni biar penjual2 tu tak kacau.

Nak turun dari tangkuban perahu tu jem lagi, jalan sebelah nak naik lagi teruk. Nasib baik kitorang dah naik awal2. Singgah makan dulu sebab dah lapar. Restoren ni cantik sangat. Nama sekali lagi x ingat hehe.
Adam mencuba buat peace.

Nasi bakar. Besar giler x abis aku makan. Kangkung dengan sotong goreng tu sedap.

Lepas makan on the way nak turun tu singgah ladang strawberry, gambar kat hp abang. Pastu terus pegi pasar baru. Beli baju adam, baju renang, baju aku telekung aku dan bila dah sibuk shopping mana teringat nak amik gambar, cameramen aku sibuk jaga anak. Sampai pasar baru pun dah lambat dah nak kul 3. Kul 5 pasar dah tutup.

Lepas tu terus balik ke jakarta semula. Singgah tempat rest solat maghrib dgn dinner. Amik gambar dengan sepupu aku yg study kat sana ija, kat musholla sambil tunggu akak2 aku solat. Adam nyorok kat belakang ngada2 tak nak bergambar.

Esoknya lepas checkout terus pegi airport aku takut jem dan dah malas nak shopping. Syukur alhamdulillah kul 4.40pm selamat sampai klia2.

Saturday, 31 May 2014

Melawat obachan

salam sabtu. 23 to 29/5 lepas kitorang ke jepun dengan mami tuk melawat obachan. first time aku dengan adam nak jumpa obachan ni.
 kat klia, flight kul 11.30mlm sampai klia 7.30 byk masa untuk adam main2 travelator ni.



 kat airport narita plak, tunggu tren untuk pegi tempat obachan terus, kalo abg yg amik gambar camni lah rupanya blur

 dah sampai... adam yg tak nak duk diam bile bergambar. kurus je obachan, umur dah 87 taun tapi masih boleh jalan dengan elok lagi. cuma nak jalan jauh2 tu tak boleh lah. obachan cepat penat kitorang boleh jumpa dalam sejam je pastu dia kena rehat, oklah tu. 

 lepas jumpa obachan baru check in hotel. adam kepenatan tertido dari dlm tren. 

besar2 toileteries dia bagi, shisedo lagi tu

hari ke2, sebelum jalan2 ambik gambar depan hotel dulu. ni hotel panel mami kot, walaupun jauh dari tempat obachan, jauh dari tokyo, takde benda menarik dekat sini banyak office dengan universiti jer dia tetap nak duk sini.

tunggu naik tren lagi

tren 2 tingkat, only in japan

hari ke2 jumpa obachan adam seperti kalo amik gambar tak nak pandang camera

lepas tengok obachan kita melawat aeon chiba plak, time adam dah tido senang sket nak shopping. tapi aku tak beli apa pun dalam ni.

depan aeon chiba lagi, kat sini aeon tak yah buat car park semua org naik tren, bas dengan beskal jer pegi shopping

pet pun ada jual yer

tak sabar nak keluar jenjalan budak ni, baru kul 7 pagi dah terang

depan hq aeon ni

teman mami jumpa staff aeon compas, office dalam bangunan seberang hq, cantik giler

ada banyak restoren dalam tu, adam kena pegang kalo tak abis dia usik2 kat belakang tu

dalam office kat hospital obachan

kita naik tren lagi

sungai ni kat on the way nak ke hotel, cantik dan bersih. time mami ambikkan gambar ni dia siap tanya napa kat kl takde sungai ke? takde yg bersih macam ni, aku jawab dalam hati.

 time ni baru early summer banyak bunga cantik2

bunga ni dah la cantik, pastu bau wangi jer

kedai makan udon, byk kedai makan yg buat display cantik2 macam ni

hari ke4 pegi asakusa, pastu masuk taman tema kat situ, mami kata ni taman tema tertua kat japan. hari tu panas sangat tu yg bukak jaket

 suka sangat adam naik benda ni, mak dia pun suka

abc japan stail, tak best langsung... cuma letak ais hancur dengan air gula

depan stesen tren ni

hari kerja, kitorang jer yg naik benda ni

ni naik ambik gambar jer tak jalan pun

 adam punya hasil shopping

temple kat asakusa

nak pegi skytower tapi malas nak beratur beli tiket 2 jam, kita ambik gambar dari jauh je lah. ni dari depan temple tadi boleh nampak tower tu. mmg tinggi sampai ke awan.