Monday, 23 September 2013

kemas store

Assalamualaikum

nak share progress minimalis minggu lps kot, dah lama sgt sampsi x ingat bila.

In progress, dia pun sibuk nk kemas. kereta tu dah buang sebab selalu sangat eksiden sampai terbalik si kecik tu.



selepas, kemas sket dan boleh jadi bilik solat jugak. tak yah lah
kena naik atas kalo orang datang nk tumpang solat ke.k

Thursday, 1 August 2013

tak jumpa

Assalamualaikum

masih belum berjaya jumpa rumah kecik comel idaman hati
sabtu lepas pegi tgk satu flat dgn abg
kejap mcm ok kejap mcm tak ok
last2 malas nak fikir, KIV lah dulu

proses pencarian akan disambung selepas raya nanti

Friday, 26 July 2013

mencari rumah baru

Assalamualaikum

sejak ofis tukar working hour ni aku pun giatlah mencari rumah baru
nak yg dekat2 je dengan ofis

mula2 ingat nak cari rumah / apt untuk sewa je
tapi area cheras ni mana nak jumpa rmh sewa yg bwh rm500
kalo ada pun kawasan sesak sangat, parking pun susah
susah rupanya nak cari rumah sewa ni
selama ni aku ingatkan senang je, sebab area rumah sekarang banyak je rumah kosong
tapi tengok kawasan jugak rupanya

so, last2 amik keputusan untuk beli je la
sebab monthly installment lg kurang dari sewa
pastu rumah tu boleh jadi asset sendiri nanti
kalau dah tak nak duduk boleh sewakan kat orang lain plak

pagi ni dengan semangatnye lepas sahur dan subuh
terus search kat mudah, Alhamdulillah jumpa 3-4 yg berkenan dihati dan di bajet
loaksi pun agak dekat dengan ofis, dalam 10km je
plannye esok nak pegi tengok rumah2 tu
mudah2an jumpalah yg sesuai dah tak larat meredah jem hari2
amin..

Wednesday, 19 June 2013

menu alam

mangga kita dah berbuah lagi..

sabtu lepas tak kerja, boleh lah petik buah mangga depan rumah tu
walaupun berperang dengan kerengga akhirnya dapat jugak seplastik buah mangga
boleh lah bagi kat ita sket, sbb dah cakap dgn dia dulu masa dia tgk gambar mangga dlm hp aku
dia kata dia suka mangga kecik2 ni, aku pun kata ok nanti bila berbuah lagi aku bagi,
ni skg lah baru dpt bagi, lega.. dah lepas satu janji hehe

dah siap proses hehe agak lembik sket sbb dah masak sgt dan ada yg jatuh kat bawah

Thursday, 13 June 2013

bersyukur

Alhamdulillah.

Hari ni aku bersyukur pada Allah sebab adam sihat, abg pun sihat, aku sampai ke ofis dengan selamat, jalan jem tak teruk sangat (sedang2 aje jem nye). Semoga hari ni aku dapat bekerja dengan gembira.

Saturday, 16 February 2013

minimalis projek

setelah sekian lamaaa tak update..
hari ni tetiba terrajin nak buat projek minimalis, haha projek lah sangatt
meja ni memang selalu penuh, kadang2 nak online pun susah atas meja ni
tapi... hari ni aku bertekad untuk mengosongkan nye
barulah sedap mata memandang..

sebelum, meja yg semak selepas makan malam, dan memang selalu semak sebenarnye
 
selepas.. berjaya mengosongkannye.  inilah meja minimalis

Friday, 1 February 2013

tetiba nak jual beg

Salam jumaat
 
Beg yg Multipurpose dan comel, sesuai untuk bawak pegi ofis, sebab tahan lasak, boleh lipat 2 kalau nak letak dalam laci meja kat ofis, biasa beg lama aku cepat rosak bila aku lipat nak letak dalam laci
tapi beg ni ok je kena lipat, bila tegakkan balik takde kesan lipat pun
tempat yg lipat tu pun tak rosak..
 
satu rm80 sahaja, kalau COD boleh dpt rm70. ada 5 warna seperti di bawah yer.
 
Hijau / green apple

 
Gray / kelabu
 
 Purple

 
Pink


coklat
 
bahagian dalam ada compartment, senang nak letak hp ke, beg mekap ke
luar coklat dalam pink



luar pink dalam dia coklat

 
ada lima warna - yg mana pilihan hati

kalau berminat sms / wassap sajer 016-2034923