Friday, 25 July 2014

Baju raya jimat letrik

Salam

Setelah diracun oleh ofismate aku zizi...akhirnye terbeli jugak selai baju kurung moden untuk raya taun ni. Yang bestnyer baju ni guna kain lycra yang tidak berkedut tanpa perlu diseterika amat bersesuaian dengan orang yang penjimat tenaga letrik malas iron seperti aku.

tema tahun ni hijau, nasib baik ada kaler hijau kat corak daun2 tu so matchinglah dengan baju melayu abang dan adam nanti.


nak tunjuk aku masih muat saiz s hehe


sekarang ni aku tengah tekun menelaah blog abangensem.com, aku baca dari mula blog dia entry tahun 2009 now baru sampai entry oktober 2012 banyak ilmu berkaitan hartanah yang aku dapat. walaupun aku dah terbeli rumah sebelum jumpa blog ni, baru aku tahu banyak kesilapan rupanya yang aku dah buat masa nak beli rumah tu dulu; seperti suruh ejen rumah tu carikan lawyer kan dah kena caj mahal.. tapi semua tu aku jadikan pengajaran yang sangat berguna di masa depan. mana tau nanti aku nak beli apartment lagi ke kan.

akanku manfaatkan cuti raya nanti untuk mengkhatamkan blog ni, disamping mengkhatamkam alquran yang dah bertahun tak khatam2 huhu.

promo ephyra rm180 sekotak
beli 2 keatas boleh dapat harga lagi murah

Saturday, 12 July 2014

Consent rumah & ubat batuk

Salam ramadhan.
Syukur, rabu lepas dah dapat consent dari lembaga perumahan negeri selangor. Setelah hampir 4 bulan tunggu. Lepas ambik surat consent tu dari lawyer terus ke epf untuk submit permohonan pengeluaran akaun 2.

Mula2 pegi epf kat shamelin sebab dekat konon sekali takde parking langsung. Penat pusing2 cari parking last decide pegi epf kajang aje. Kat hentian kajang memang byk parking.
Orang pun tak ramai, lepas amik no tak sampai 5 minit dah kena panggil. Pegawai epf tu check semua dokumen, utk kes aku sebab beli low cost dokumen yg diperlukan ialah;
1. Ctc snp
2. Ctc confirmation letter dari developer
3. Ctc offer letter dari bank
4. Ctc consent
Semua tu disediakan oleh lawyer aku.

Nasib baik semua ok walaupun mula2 dia check tu agak cuak sket bila dia kata no geran tak sama dlm snp dgn consent. Siap mcm nk suruh aku balik jumpa lawyer mintak surat pengesahan no geran. Aku dah lah tunggu berbulan2 nak kena buat balik..tidak...
Bila dia tunjuk no geran yg x sama tu aku pun check balik tak puas hati ni, rupa2nya kat page 2 ada no geran yg betul...syukur sangat.
So permohonan aku pun lulus. Dia kata dalam 3 minggu akan dpt duit nanti epf akan htr sms.

ni plak petua nak hilangkan batuk yg dah lama tak baik2. aku kan dah mula batuk sejak sebelum puasa lagi sampai 3 kali kena sedut gas kat klinik dah macam kena asthma pun ada. ubat dah abis tapi batuk tak baik2 jgk. so aku google lah petua nak hilangkan batuk ni. dan syukur jumpa petua ni kat blog mohd zulkifli. senang sgt just makan bawang putih bakar. ni aku bakar 1 labu terus sebab rasanye agak sedap di tekak aku. alhamdulillah dalam seminggu mkn bawang putih bakar ni batuk aku mkn ok.



 dia pun suka jugak 


 promo ephyra sms/wassap 016 203493

Saturday, 28 June 2014

langsir raya

salam

dah nak 8 taun kawen akhirnya aku beli jugak langsir baru tuk rumah ni.
sebelum ni guna langsir lama yg mami bg je, tapi walaupun lama elok & cantik
lagi langsir2 tu yg malas nk beli baru.

tp taun ni beli jugak yg baru sebab nak sedondon yg mami bg dulu hall kaler lain
sliding door lain, bilik lain so mcm tak best jer. Lagipun langsir lama tu bila basuh ada yg koyak hehe.

sliding door lama ni aku beli kat nilai 3, bila blk nk pasang kat rumah baru perasan langsir ni tinggi sebelah pastu aku kena ejas jahit sendiri baru nampak ok sket. dalam gambar tak nampak sgt tp kalo tengok betul2 nampak le kaki dia tu tak rata huhu.


yg baru beli kain dan tempah kat kedai langsir tu, mcm pendek sket pkak. tp lantak lah malas nk adjust dah. ni kul 3pm dia kalis cahaya so rumah nampak gelap best tido petang ni.

Saturday, 31 May 2014

Melawat obachan

salam sabtu. 23 to 29/5 lepas kitorang ke jepun dengan mami tuk melawat obachan. first time aku dengan adam nak jumpa obachan ni.
 kat klia, flight kul 11.30mlm sampai klia 7.30 byk masa untuk adam main2 travelator ni.



 kat airport narita plak, tunggu tren untuk pegi tempat obachan terus, kalo abg yg amik gambar camni lah rupanya blur

 dah sampai... adam yg tak nak duk diam bile bergambar. kurus je obachan, umur dah 87 taun tapi masih boleh jalan dengan elok lagi. cuma nak jalan jauh2 tu tak boleh lah. obachan cepat penat kitorang boleh jumpa dalam sejam je pastu dia kena rehat, oklah tu. 

 lepas jumpa obachan baru check in hotel. adam kepenatan tertido dari dlm tren. 

besar2 toileteries dia bagi, shisedo lagi tu

hari ke2, sebelum jalan2 ambik gambar depan hotel dulu. ni hotel panel mami kot, walaupun jauh dari tempat obachan, jauh dari tokyo, takde benda menarik dekat sini banyak office dengan universiti jer dia tetap nak duk sini.

tunggu naik tren lagi

tren 2 tingkat, only in japan

hari ke2 jumpa obachan adam seperti kalo amik gambar tak nak pandang camera

lepas tengok obachan kita melawat aeon chiba plak, time adam dah tido senang sket nak shopping. tapi aku tak beli apa pun dalam ni.

depan aeon chiba lagi, kat sini aeon tak yah buat car park semua org naik tren, bas dengan beskal jer pegi shopping

pet pun ada jual yer

tak sabar nak keluar jenjalan budak ni, baru kul 7 pagi dah terang

depan hq aeon ni

teman mami jumpa staff aeon compas, office dalam bangunan seberang hq, cantik giler

ada banyak restoren dalam tu, adam kena pegang kalo tak abis dia usik2 kat belakang tu

dalam office kat hospital obachan

kita naik tren lagi

sungai ni kat on the way nak ke hotel, cantik dan bersih. time mami ambikkan gambar ni dia siap tanya napa kat kl takde sungai ke? takde yg bersih macam ni, aku jawab dalam hati.

 time ni baru early summer banyak bunga cantik2

bunga ni dah la cantik, pastu bau wangi jer

kedai makan udon, byk kedai makan yg buat display cantik2 macam ni

hari ke4 pegi asakusa, pastu masuk taman tema kat situ, mami kata ni taman tema tertua kat japan. hari tu panas sangat tu yg bukak jaket

 suka sangat adam naik benda ni, mak dia pun suka

abc japan stail, tak best langsung... cuma letak ais hancur dengan air gula

depan stesen tren ni

hari kerja, kitorang jer yg naik benda ni

ni naik ambik gambar jer tak jalan pun

 adam punya hasil shopping

temple kat asakusa

nak pegi skytower tapi malas nak beratur beli tiket 2 jam, kita ambik gambar dari jauh je lah. ni dari depan temple tadi boleh nampak tower tu. mmg tinggi sampai ke awan.

Tuesday, 13 May 2014

Aktiviti hari cuti

Salam.

Hari ni cuti hari wesak, duk rumah je takde pegi mana2. Pagi td terjaga kul 6.15 bila alarm bunyi. Kejutkan abg tuk solat subuh pastu aku sambung tido balik sbb aku tgh 'cuti'. Selalunya kalo time cuti ni aku sambung tido tu lama mau sampai kil 10 or kdg2 sampai kul 12tgh hehe.
Tapi... sejak dah minum ephyra ni tak ngantuk plak pagi2. Kul 7.30 dah bgn minum ephyra pastu pg kebun jap kat belakang, yer sejak 2 menjak aku rajin berkebun. Kul 8.30 baru sarapan. Ni 2nd period tak rasa sakit, kalo tak time awal2 ni kena telan panadol tuk tahan sakit.

Lepas lunch dah kenyang tu dua beranak sedap membuta, aku plak tak leh tido sbb x ngantuk dan bertenaga je jap lg nk lipat kainlah.

Sape yg selalu penat2 mcm aku dulu mmg sesuai amik ephyra ni. Boleh sms / wassap 016 2034923 untuk harga spesel mampu milik ;).

Saturday, 10 May 2014

Berkebun

Salam.
Ahad lepas.. tetiba terajin plak nak berkebun. Sebelum ni asyik hujan je so rumput2 tumbuh subur kat belakang rumah ni.

dah 50% progres baru teringat nak amik gambar sebelum kotak ni penuh dengan rumput.





selepas.... barulah nampak pokok tomatoku yg kurus. dalam kotak ni ada anak ulam raja jugak semuanya kurus2 sebab tak cukup zat kot, rumput byk sgt sebelum. tak per nanti lg 2 minggu kita tengok gemuk tak selepas semua rumput dicabut ni.


ni lepas 5 hari amik ephyra mmg rasa badan dah tak cepat penat tu yg rajin nk berkebun bagai. aku plan nak bagi mak minum ephyra jugak sebab mak selalu lemah2 badan jer.
kesan kat muka belum nampak sgt, nanti dah nampak baru tunjuk muka plak. tapi untuk tenaga mmg cepat rasa lah kesan ephyra ni. sapa nak try boleh je sms/wassap aku 016 2034923



Saturday, 12 April 2014

Pisau free

Salam.

atas sokongan padu mil maka akhirnya cukup lah sticker2 ni 40, tq mami i love u so much. nanti dapat sticker bagi lagi yer, kita redeem pisau untuk mami plak. yg first ni biar aku resmikan dulu.. huhu bertuah punya menantu.



1
. hal rumah baru tak settle lagi, masih menunggu consent dari kerajaan negeri. cepatlah lulus tak sabar nak pindah ni. tak larat layan jem hari2.