As salam.
Hadiah harijadi aku yg paling mahal, dari mami.
Bulan lepas punya cerita baru nak update hehe.
Tv panasonic 42 inci. Tq mami, kalo harap aku selagi tv lama yg mami jugak bagi dulu tu tak rosak, jgn harap aku nak beli tv baru. Mami kata dia kesian aku dah lama kawen tapi tak beli2 tv. Aku rasa ok je, takde tv pun tak per barulah minimalis.
Tapi dah orang nak bagi, orang sayang plak bagi tu, ambik ajerlah rezeki jangan ditolak. Tv lama yg gedabak tu boleh pass kat iwat.
Tuesday, 4 February 2014
Hadiah besday
Thursday, 30 January 2014
Restock
As salam.
Hari ni baru restock vco 10 botol hehe. Syukur now dah ada regular customer 2 orang... haha bunyi mcm 200 org kan. Insya Allah akan datang.
Hal rumah baru tak settle lagi masih tunggu lawyer siapkan spa dengan penuh kesabaran. Harap2 boleh settle cepat lepas cny nanti.
Passport pun dah siap, Ticket flight hotel semua mami nk sponsor sebab kitorg tengah nak beli rumah.. syukur lagi.. sayang ibu mertuaku sangat2.
Bila fikir2 balik murah rezeki kami ni, semuanya cukup dan ada lebih lagi untuk saving.
Now plan untuk beli medical insurance dengan buka akaun th untuk adam. By next month mesti settle.
Friday, 3 January 2014
Dah jumpa
Salam.
Syukur sangat sbb rmh kecik comel yg dicari dah jumpa.
Semlm baru bayar booking dgn agen fee.
Minggu depan nak cari house loan plak.
Semua mintak agen tu yg tolong uruskan sebab aku maleh nak fikir
Dan takde masa nak pegi byk bank utk survey loan.
Harap semuanya berjalan lancar, selancar duit yg mengalir keluar jugak.
Huhu sabar ajelah. Agen tu kata dlm 3 bulan paling cepat baru boleh dpt kunci rumah, sabar lagi...
Friday, 27 December 2013
Berjaya rezeki
Salam,
Huhu penat2 taip pastu error dan hilang sabar jelah.
Nak update pasal sebulan tanpa, aku berjaya tak main candy crush sebulan hehe... ok jer..
Sekarang dah main balik tapi dah tak seketagih (ada ke perkataan ni) dulu lagi. Sekaran main bila boring giler je.
mangga ni kawan ofis bagi sedap giler, murah rezeki hari ni dapat gaji dapat mangga lagi, syukur. klah bateri nak abis nak caj dulu.
Monday, 16 December 2013
Simpanan>hutang
Salam.
Alhamdulillah syukur, akhirnya jumlah simpanan aku tlh melebihi jumkah hutang yg tinggal as at now.
Rasa mcm sedikit bebas, walaupun belum fully financial free.
Then rasa nk reward diri sendiri hehe... nk beli apa ye?
Mungkin kah sofa baru hmmm.
Wednesday, 27 November 2013
Setahun tanpa
Salam.
Mulai hari ni, nk start program a year without atau setahun tanpa...
Bulan yg pertama aku nk stop ialah.
Candy crush ... yg sgt membuang masa dan takde faedah.
Masa yg terluang tu aku nk gunakan utk aktiviti yg lebih sihat, seperti mengajar adam. Aminn.
Sunday, 20 October 2013
Test, sudah boleh
Salam.
Try letak pic lunch semalam,
Mlm tadi kan tak boleh nk upload
Rupa2nya kena install apps blogger kat tab ni
Barulah boleh dan sangat senang
Syukur. Pasni senang lah nk update.

